VIDEO Benam Dortmund, Pochettino ‘tabik’ pemain Spurs

Son celebrates with his Tottenham team-mates after breaking the deadlock in the second half in the first leg of last-16 cla

LONDON 14 Feb. – Mauricio Pochettino gembira dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya selepas berjaya menundukkan Borussia Dortmund 3-0 dalam aksi pertama saingan kalah mati Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Pochettino pada awalnya gagal beraksi cemerlang selepas Dortmund menguasai permainan pada separuh masa pertama di Wembley tetapi Hugo Lloris berjaya menyelamatkan beberapa siri percubaan berbahaya.




Rentak permainan berubah pada separuh masa kedua apabila Son Heung Min membuka tirai jaringan buat pasukan tuan rumah sebelum pertahanan, Jan Vertonghen meledak jaringan kedua.

Pemain gantian, Fernando Llorente kemudiannya melengkapkan jaringan kemenangan tuan rumah pada penghujung permainan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain sekali lagi kerana menunjukkan kesungguhan dalam perlawanan yang hebat ini.

“Mereka adalah wira. Mereka layak untuk diberikan pujian seperti ini,” kata Pochettino.

Walaupun akan berdepan Dortmund sekali lagi di Signal Iduna Park pada 5 Mac ini namun kelebihan tiga gol menyaksikan mereka semakin hampir untuk melangkah ke aksi suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2011.

“3-0 adalah keputusan yang baik tetapi ini baru aksi pertama. Apabila awak bertemu pasukan hebat seperti Dortmund, awak perlu menghormati mereka,” kata Pochettino.-AFP