VIDEO Jaring gol kemenangan PSG, Tuchel Mbappe pemain istimewa

PARIS: Voli menakjubkan Kylian Mbappe memberikan kemenangan 1-0 buat Paris Saint-Germain di Saint-Etienne untuk mendahului Ligue 1 dengan kelebihan 12 mata ke atas pesaing terdekat.

Pemain 20 tahun itu meledak gol liga ke-19 yang meletakkannya sebagai penjaring terbanyak musim ini ketika permainan berbaki 17 minit.



“Dia (Mbappe) menunjukkan kualitinya setiap hari dalam latihan, dia sentiasa mahu menjaringkan gol,” kata pengendali PSG, Thomas Tuchel.

“Itu adalah kualitinya. Dia pemain yang istimewa.”

Sementara itu Kylian Mbappe menyifatkan Paris Saint-Germain (PSG) adalah lebih besar berbanding jaringan kemenangannya ketika menundukkan Saint-Etienne di tempat lawan dalam aksi Ligue 1.

Mbappe menjaringkan gol cantik menerusi sepakan voli hasil hantaran Dani Alves pada minit ke-73.

Ia merupakan jaringan ke-19 Mbappe dalam 18 penampilan liga musim ini dan ia menjadikannya pemain paling prolifik dalam tempoh 45 tahun.

Kecemerlangan PSG turut dipacu dengan kehadiran semula Marquinhos di bahagian pertahanan dan Juan Bernat yang memainkan peranan luar biasa di bahagian tengah.

Mbappe bagaimanapun memberi pujian kepada keseluruhan pasukan di atas kejayaan itu.

“Kami bermain dengan pasukan yang cemerlang di laman sendiri.

“Tidak banyak pasukan yang menang di sini tetapi kami berjaya melakukannya dan membawa pulang tiga mata.




“Kami perlu terus seperti ini. Aksi saya memang baik tetapi pasukan ini secara keseluruhannya jauh lebih baik berbanding saya,” katanya.-AGENSI