VIDEO Liverpool seri bertemu Bayern, Klopp tak gembira

Joel Matip reacts with anguish after slicing a second half effort over the bar on a difficult evening for Liverpool

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui keputusan seri 0-0 berdepan musuh lama, Bayern Munich hari ini bukanlah sesuatu “diimpikannya”, namun yakin akan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Sadio Mane mempersia-siakan peluang terbaik buat tuan rumah apabila pemain Senegal itu menyepak liar pada 45 minit pertama namun persembahan kurang menarik pada babak kedua menyebabkan keputusan perlu ditentukan pada pertemuan semula di Munich pada 13 Mac.



Tanpa kehadiran Virgil van Dijk kerana penggantungan dan kecederaan dialami Joe Gomez serta Dejan Lovren, Liverpool sekurang-kurangnya tidak melepaskan gol untuk pelawat walaupun menggunakan pemain tengah Brazil, Fabinho berpasangan dengan Joel Matip.

“Ia bukanlah keputusan yang kami mahukan,” kata Klopp. “Ia bukanlah perlawanan yang akan kami akan ingati untuk 30 tahun akan datang. Itulah keputusan yang kami dapat dan kami perlu terima.

“Ia tanpa bolos tanpa orang besar (Van Dijk). Ramai tidak menjangkakannya. Pertahanan bagus. Banyak perkara sangat bagus, saya tidak gembira sangat tapi OK dengan permainan.”

Liverpool juga menghasilkan ancaman pada penghujung permainan walaupun penamat kurang ketajaman.

“Kami menjadikan hidup lebih sukar dengan hantaran akhir hari ini, kira-kira 10 atau 12 kali,” kata Klopp. “Kami boleh bermain lebih baik dan kami perlu bermain lebih baik.”

Sementara itu, juara Jerman itu yang berjaya mara ke kelompok lapan terakhir Liga Juara-Juara dalam tujuh musim sebelum ini ada pengalaman untuk bertahan dalam apa yang dilihat sebagai keputusan seri bermakna untuk mereka kembali bangkit.

“Saya tidak ingat jika banyak kelab tidak melepaskan gol di Anfield. Dengan cara Liverpool bermain, mereka pasukan sensasi yang bagus. Pasukan saya bertahan baik di belakang,” kata bos Bayern, Niko Kovac.

“Kami tidak menjaringkan gol tetapi kami tidak melepaskan gol. Perlawanan di tempat sendiri adalah kelebihan, kami bermain di depan 75,000 penyokong, tapi kami tahu jika kami melepaskan gol, kami perlu menang.” – AFP