VIDEO Serangan tumpul punca Barcelona seri

Lionel Messi (dua dari kanan) dikepung empat pemain Lyon menyebabkan

LYON 20 Feb. – Banyak peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan barisan serangan Barcelona ketika diikat 0-0 oleh Lyon pada aksi pertama timbal balik kalah mati Liga Juara Juara Eropah di laman lawan awal pagi tadi.



Bagaimanapun jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde menolak tanggapan pasukannya hilang arah di depan gol sebaliknya berkata, ia cuma tidak menepati sasaran sahaja.

“Kami bermain baik tetapi sasaran kena tepatlah. Itu yang gagal kami lakukan. Namun kami masih di landasan (untuk mara ke suku akhir) kerana saingan masih terbuka. Kami akan cuba menang di depan penyokong sendiri.

“Memang saya tidak gembira dengan keputusan ini tetapi saya puas hati dengan persembahan yang pemain tunjukkan dan peluang yang cipta sepanjang perlawanan,” kata Valverde.




Barcelona akan menerima kunjungan Lyn di Nou Camp untuk aksi kedua pada 14 mac nanti. – AFP