JDT umum Leandro Velazquez ganti Aaron Niguez

Dengan jendela perpindahan yang baru ditutup, ada beberapa pasukan yang membuat rombakan. Ada pemain yang dibawa masuk, dan ada yang dikeluarkan.

Paling mengejutkan apabila Johor Darul Ta’azim (JDT) mengumumkan bahawa mereka melepaskan pemain import dari Sepanyol, Aaron Niguez biarpun baru tiga perlawanan liga berlangsung.

Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers, pengurus pasukan Luciano Figueroa mengumumkan:



“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aaron Niguez kerana menjadi sebahagian daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2019.

Image result for Leandro Velazquez




“Dengan itu, saya merasakan bahawa Harimau Selatan perlu membuat beberapa perubahan taktikal untuk mengukuhkan skuad. Ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ketika latihan dan perlawanan-perlawanan kompetitif.

“Oleh itu, saya dan kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Aaron untuk kerjaya beliau di masa hadapan. Terima kasih atas sumbangan anda.”

JDT juga sudah menandatangani pemain gantian juga bekas penyerang JDT pada musim 2015 iaitu penyerang Argentina, Leandro Velazquez.