Juventus tumbang, Atletico cemas sebelum menang

Tensions were raised in the opening minutes when Blaise Matuidi (centre) caught Antoine Griezmann in the penalty area

LONDON 21 Feb. – Drama mendebarkan menghiasi kemenangan Atletico Madrid ketika menewaskan Juventus dengan keputusan 2-0 dalam aksi pusingan 16 akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.



Dalam perlawanan tersebut peluang jaringan dilihat memihak Juventus yang lebih banyak melakukan percubaan tepat ketika berdepan situasi mencemaskan dalam kawasan kotak lawan namun gagal menghasilkan gol.

Penyerang Atletico, Alvaro Morata hampir merobek gawang bekas pasukannya itu lebih awal namun gol berkenaan dibatalkan video bantuan pengadil (VAR) manakala peluang terbaik Juventus pula tiba ketika sepakan percuma Cristiano Ronaldo yang dikuis keluar Jan Oblak sewaktu 10 minit pertama perlawanan.

Bagaimanapun, tuah lebih memihak Atletico Madrid dalam aksi tersebut kerana biarpun tidak banyak menguasai bola dan lebih kerap berdepan situasi mendebarkan ketika gawang cuba dibolosi namun tetap berjaya menghasilkan dua gol menerusi Jose Gimenez dan Diego Godin.

Gimenez menjaringkan gol pada minit ke-78 manakala Godin pada minit ke-83. – AGENSI