VIDEO Arsenal bangkit teruskan kemaraan

Pemain Arsenal, Sokratis Papastathopoulos (kanan) melompat tinggi

PARIS 22 Feb. – Ditewaskan 0-1 pada aksi pertama minggu lalu tidak menghalang Arsenal bangkit untuk meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terbaik selepas menang 3-0 ke atas kelab Belarus, BATE Borisov pada aksi kedua timbal balik Liga Europa di laman sendiri awal hari ini.



Pasukan tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk memperoleh gol pertama hanya selepas tiga minit permainan bermula hasil jaringan gol sendiri pemain BATE, Zakhar Volkov yang tertampan sepakan Pierre-Emerick Aubameyang ke gawang sendiri.

Skuad bimbingan Unai Emery kemudiannya menambah jaringan menerusi Shkodran Mustafi yang menanduk masuk gol enam minit sebelum babak pertama tamat sebelum Sokratis melengkap kemenangan agregat 3-1 hasil tandukan padu pada minit ke-60.

Dengan kemenangan itu, Arsenal yang hampir menjadi pasukan pilihan tersingkir awal boleh menarik nafas lega untuk menyertai undian pusingan 16 terbaik lewat hari ini. – AFP