Gol kontroversi Hernandez bantu West Ham

Mexico international Hernandez punished some static Fulham defending as he put the ball in the net using his left handLONDON: West Ham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengatasi Fulham 3-1 bermula dengan gol kontroversi Javier Hernandez dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Cardiff mendahului permainan menerusi jaringan awal Ryan Babel tetapi Hernandez kembali menyamakan kedudukan dengan menumbuk bola masuk ke gawang pelawat menggunakan tangannya.



Jaringan dengan tangan itu diulang tayang di skrin gergasi dan mencetus rasa tidak puas hati Fulham serta penyokongnya.

Fulham remained in the game until second-half stoppage time when Antonio sent a bullet header into the away side's goal

Pengadil Lee Mason dan pembantunya tidak dapat melihat kesalahan itu, tetapi jika teknologi video digunakan pasti gol berkenaan dibatalkan.

Bagaimanapun ia tidak banyak membantu Fulham kendalian Claudio Ranieri apabila skuadnya terus dibolosi menerusi jaringan Issa Diop dan Michail Antonio.

Kekalahan di Stadium London meletakkan Fulham lapan mata di atas garis selamat dengan hanya 11 perlawanan berbaki dan kedudukan itu mungkin lebih teruk selepas saingan hujung minggu ini berakhir.

“Ia sukar dipercayai. Kami bermula dengan sangat baik,” kata Ranieri. “Mereka berbahaya ketika sepakan sudut dan malang sekali pengadil terhalang oleh pemain dan tidak dapat melihat gol pertama mereka menggunakan tangan.

“Saya beritahu pemain-pemain saya jika kita berjuang, kita mungkin boleh menang. Jika kita tidak berjuang, kita kalah sebelum bermain lagi.” – AFP