Irfan Bakti tidak puas hati menang tipis

Biarpun Terengganu FC memungut tiga mata pertama mereka musim ini, tetapi nampaknya ia tidak cukup buat ketua jurulatih mereka, Irfan Bakti.



Irfan yang bercakap dalam sidang media menyatakan dia tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

“Saya gembira dengan keputusan, tetapi tidak dengan persembahan pemain saya yang sangat berbeza berbanding ketika menentang JDT minggu lalu. Kami membuatkan ianya sukar untuk kami biarpun mempunyai banyak peluang.

“Kipre tidak beraksi baik malam ini, bahkan saya ingin menukarnya. Tetapi selepas Zonjic menjaringkan gol, saya kekalkan dia. Seperti saya katakan, banyak peluang ada untuk kami jaringkan gol sebenarnya. Jadi saya harap, dalam perlawanan seterusnya ia tidak akan berlaku lagi. “

Penjaring gol tunggal perlawanan, Igor Zonjic berkongsi nada yang sama dengan Irfan dan merasakan pasukan mereka boleh beraksi lebih baik.




“Saya gembira dapat menjaringkan gol malam ini. Ramai menyangkakan kami akan menang mudah, tetapi Kuala Lumpur bukan pasukan yang lemah. Mereka sudah berhadapan dengan dua pasukan yang kuat dalam dua perlawanan pertama mereka. Kami tahu mereka mempunyai pemain berkualiti, dan saya bersetuju dengan jurulatih bahawa kami tidak beraksi baik seperti ketika menentang JDT, tetapi itulah bolasepak.”

Terengganu akan berdepan Perak dalam perlawanan mereka yang seterusnya, mengulangi semula memori perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.