Man United bertemu Liverpool, Siapa lebih kuat?

MANCHESTER United akan melakukan apa sahaja untuk menghalang musuh ketat mereka, Liverpool daripada merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.



Penyokong mereka amat takut jika Reds muncul juara dan lebih rela melihat musuh berjiran, Manchester City yang kini mendahului saingan ditabal sebagai pemenang.

Itu bermakna, Liverpool sudah boleh menjangkakan pertembu­ngan sukar, permainan fizikal serta agresif ditampilkan pasukan tuan rumah.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sudah bersedia melakukan perubahan taktikal yang drastik kerana percaya, lawan yang bakal ditentang kali ini berbeza dengan pasukan yang ditewaskan 3-1 pada Disember lalu.

“Apa sahaja keputusan yang diperoleh dalam pertembungan menentang Manchester United tidak akan menjadi penentu peng­akhiran kami dalam saingan liga musim ini.

“Begitupun, perlawanan ini adalah peluang terbaik Liverpool untuk menaikkan keyakinan. Kemenangan bukan sahaja mengembalikan kami ke tangga teratas, malah menyuntik semangat pemain,” kata Klopp.

Bagi Ole Gunnar Solksjaer, menumpaskan Reds akan me­ngukuhkan peluangnya untuk dilantik sebagai pengurus tetap Red Devils musim depan. – AGENSI