Seri bertemu Liverpool, Solskjaer umum Carrick akan kembali beraksi
MANCHESTER 25 Feb. – Ole Gunnar Solskjaer secara berseloroh menyatakan bahawa jurulatih kelab itu, Michael Carrick mungkin akan kembali beraksi selepas kelab itu berdepan dengan krisis kecederaan.
United yang terikat seri tanpa jaringan dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam menyaksikan empat pemain mengalami kecederaan pada separuh masa pertama.
Daripada jumlah itu, tiga daripadanya adalah pemain United iaitu Ander Herrera, Juan Mata dan pemain gantian, Jesse Lindgard.
Selain itu, Marcus Rashford juga berdepan masalah kecederaan sepanjang perlawanan itu selain Nemanja Matic yang turut mengalami masalah sama.

“Michael mungkin akan kembali beraksi. Nasib baik krisis kecederaan ini tidak begitu serius sehingga memerlukan saya untuk kembali beraksi,” katanya sambil berseloroh kepada MUTV.-AGENSI