Kepulauan Solomon tarik diri dari Piala Airmarine 2019

Image result for Solomon island football

Nampaknya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari pasukan baru untuk dijemput ke Piala AIRMARINE 2019.



Salah satu negara yang telah dijemput ke kejohanan tersebut, Kepulauan Solomon telah menarik diri daripada menyertai kejohanan berkenaan kerana mahu mengikut peraturan FIFA berkenaan perlawanan antarabangsa dalam kalendar FIFA.

“Kami telah menerima nasihat FIFA dan OFC, bahawa hanya maksimum dua perlawanan boleh diadakan dalam jendela perlawanan antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bolasepak Kepulauan Solomon (SIFF) Leonard Paia.

“Walaupun kami teruja untuk menyertai kejohanan empat negara di Malaysia ini, tetapi ianya sukar untuk berlaku kerana kami sudah mendapat kebenaran FIFA dan OFC untuk beraksi menentang Taiwan pada 24 Mac.

Piala Airmarine dijadualkan berlangsung pada 20-23 Mac ini dengan penyertaan sudah disahkan daripada dua lagi negara, Singapura dan Oman. Ini bermakna FAM mempunyai baki tiga minggu lagi untuk cuba mencari pengganti buat Kepulauan Solomon.