Pahang bawa pulang 3 mata, pintas Kedah

Image result for Felda United 1-0 PJ City

KUALA LUMPUR 2 Mac – Meskipun beraksi tanpa tiga tonggak namun Pahang tidak berdepan masalah untuk menundukkan PKNP FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam semalam.

Pahang turun beraksi tanpa khidmat bek tengah, Muslim Ahmad selepas mengalami kecederaan manakala dua import, Herold Goulon dari Perancis (tengah) dan Safuwan Baharuddin



(pertahanan, Singapura) digantung perlawanan mengejutkan tuan rumah seawal minit pertama menerusi jaringan Jose Eduardo.

Dickson Nwakaeme menggandakan jaringan pada minit ke-49 sebelum penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol ketiga Pahang pada minit ke-73.

Kemenangan itu membolehkan Tok Gajah melonjak tangga kedua berkongsi 11 mata dengan Kedah yang seri tanpa jaringan menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

Felda United mencatat kemenangan 1-0 ke atas PJ City FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Kei Ikeda menerusi penalti pada minit ke-30.

Bagi aksi Liga Perdana pula menyaksikan Sabah menewaskan PDRM 3-1 di Stadium Likas manakala Johor Darul Ta’zim II (JDT II) menang 2-0 ke atas Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

UKM FC pula membelasah Sarawak 4-0 di Stadium Kuala Lumpur manakala Selangor United terikat tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. – UTUSAN