United mahu tukar Lukaku dengan penyerang Inter Milan

Image result for Lukaku

MANCHESTER United dijangka membuat pertukaran membabitkan pemain, Romelu Lukaku bagi mendapatkan penyerang Inter Milan, Mauro Icardi.



Memetik laporan The Sun, walaupun Lukaku menjaringkan empat gol dalam dua penampilan terakhirnya, difahamkan kelab Red Devils sedia untuk melepaskannya untuk Icardi.

Inter Milan berhasrat untuk mendapatkan pemain kelahiran Belgium berusia 25 tahun itu, dan berharap hubungan mereka bersama Icardi berakhir.




Icardi tidak bermain buat kelab Itali itu sejak 9 Februari lalu, dan kedudukannya sebagai kapten dilucutkan selepas pertikaian membabitkan isterinya dan agen, Wanda Nara.

Chelsea merupakan satu lagi pasukan yang berminat untuk mendapatkan Icardine, tetapi Manchester United dilihat sebagai pilihan buat pemain kelahiran Argentina itu. – Mail Online UK