Mourinho tidak kisah kembali ke Madrid

Related image

MADRID 5 Mac – Jose Mourinho tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali membimbing Real Madrid selepas dia dikaitkan sebagai calon untuk menggantikan Santiago Solari.



Mourinho dan Madrid berdepan musim buruk tahun ini dengan pengendali Portugal itu kehilanganjawatan di Manchester United manakala Los Bloncos beraksi di bawah kemampuan sebenar di bawah kendalian dua pengurus.

Solari mengambil alih tanggungjawab di Madrid, Oktober lalu bagi menggantikan Julen Lopetegui dan berjaya menunjukkan peningkatan tetapi tidak cukup untuk meneruskan kecemerlangan pasukan.

Tewas dua kali dalam aksi Clasico kepada Barcelona membuatkan ramai mempersoalkan kemampuan Solari selain dia berkemungkinan akan kehilangan jawatan musim hadapan.

Mourinho yang berjaya merangkul kejuaraan La Liga, Copa del Rey dan Supercopa de Espana dalam tempoh tahun bersama pasukan itu sehingga 2013 tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Santiago Bernebeu.

“Menyertai pasukan yang saya pernah bersama? Jika saya lihat ia kelab yang tepat, strukturnya bagus, impiannya baik, saya tiada masalah untuk bersama mereka.

“Adalah satu penghormatan besar sekiranya bekas kelab awak mahukan awak semula. Mereka adalah kelab yang besar, saya rasa awak semua tahu, mereka ada 13 trofi Liga Juara-Juara,” katanya.-AGENSI