Mara ke suku akhir tapi Tottenham perlu lebih baik – Pochettino

Image result for dortmund tottenham 0-1

DORTMUND, Jerman: Tottenham Hotspur boleh berbangga mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang 4-0 secara agregat mengatasi Borussia Dortmund, namun mereka perlu meningkat untuk berdepan gergasi benua itu, kata jurulatih Mauricio Pochettino.



Tottenham menewaskan kelab Jerman itu 1-0 di Dortmund, dicampur dengan kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama di London bermakna mereka mara ke kelompok lapan terbaik – walaupun berdepan tekanan Dortmund pada babak pertama di Westfalenstadion.

“Bagi saya, untuk mara ke tahap seterusnya atau tahap terakhir, saya rasa bukan hanya hari ini kami menunjukkan tahap profesional,” kata Pochettino selepas perlawanan.

“Ia sangat penting untuk berada di suku akhir, tapi anda perlu tunjukkan lebih baik jika mahu berada di tahap seterusnya.”

“Untuk membina kemungkinan itu, untuk berada pada tahap sama dengan kelab yang kami perkatakan, anda perlu sentiasa bermula pada langkah pertama. Kami berada pada pertengahan 70 peratus untuk maju ke depan.”




Spurs bagaimanapun tampak berkesan dan bagus dalam dua pertembungan itu, berjaya mengelak sebarang kesilapan yang membuatkan mereka tersingkir tahun lalu pada tangan Juventus pada perngkat sama.

“Kami memang berhak. Kami menjaringkan empat gol, tidak bolos dan ini menentang pasukan berkedudukan teratas Bundesliga bersama pemain hebat.”

“Tugasan selesai. Saya gembira dengan pemain saya, untuk peminat kami,” katanya.

“Saya rasa ia sesuatu yang amat penting untuk kami menang malam ini. Kami menderita sedikit pada babak pertama tetapi yang penting kami layak ke suku akhir.” – AFP