Solskjaer mahu buru gol pertama di Paris

PARIS 6 Mac – Ole Gunnar Solskjaer telah menaikkan semangat Manchester United selepas mengambil alih pasukan tersebut sebagai pengurus sementara, dengan mungkin masa depannya sekali lagi ditentukan pada aksi peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG), esok.



United akan bertandang ke Paris dengan 10 barisan utama apabila beberapa tonggaknya berdepan kecederaan dan pergantungan, termasuk dua pemain Perancis Paul Pogba dan Anthony Martial, selain lima pemain dari akademi untuk membantu pasukan itu.

Mereka perlu mengatasi bekalan awal 0-2 PSG, yang turun tempoh hari turun tanpa kelibat Kylian Mbappe dan Neymar, agar terus ‘bernyala’ di Liga Juara-Juara.

United belum pernah tewas di laman sendiri pada peringkat Eropah dengan lebih satu gol, namun keputusan itu menyaksikan skuad Red Devils hanya tewas sekali daripada 16 aksi dalam semua pertandingan sejak Solskjaer menggantikan Jose Mourinho pada Disember lalu.

Mereka menang kesemua lapan perlawanan selaku pasukan pelawat dalam tempoh tersebut.

“Tiada istilah misi mustahil. Sudah tentu ia sukar, tetapi kami perlu mencari gol pertama dan selepas itu apa-apa boleh berlaku.

“Bola sepak bukan hanya memerlukan kemahiran teknikal dan taktikal, sebaliknya kekuatan mental juga mempengaruhi perlawanan.

“Gol di tempat lawan bakal membuka peluang dan jika kami meraih gol pertama, kami akan meraih kepercayaan lebih dan mereka (PSG) mungkin akan ragu-ragu sesama sendiri,” kata Solskjaer.- AFP