Zidane tolak tawaran kembali ke Real Madrid

LONDON 7 Mac – Zinedine Zidane telah menolak peluang untuk kembali mengalas tugas sebagai pengurus Real Madrid, demikian menurut bekas presiden kelab berkenaan Ramon Calderon.



Zidane, 46 tahun meninggalkan kelab itu pada musim lepas iaitu lima hari selepas memenangi gelaran Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut.

“Saya tahu pada pagi ini bahawa presiden, Florentino Perez telah menghubungi Zidane bagi menawarkannya kembali namun bekas pengurus itu sekadar menjawab ketika ini bukan waktu sesuai untuk kembali,” kata Calderon.




Zidane melakar sejarah tersendiri sewaktu bersama Real apabila muncul pengurus pertama memenangi Liga Juara-Juara tiga kali berturut-turut dan berada di samping Bob Paisley serta Carlo Ancelotti yang telah menjuarai kejohanan itu sebanyak tiga kali keseluruhan. – AGENSI