Tewas di Rennes, Emery yakin Arsenal bangkit bertemu Man United

Arsenal's players look dejected after falling behind during Thursday's disappointing Europa League defeat by Rennes

RENNES (Perancis): Pengurus Arsenal, Unai Emery yakin pasukannya akan bangkit selepas kekalahan 1-3 kepada Rennes dalam saingan peringkat 16 terbaik Liga Europa pagi tadi dan bingkas membuat persiapan untuk bertemu Manchester Uniteddi saingan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini.



The Gunners beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Sokratis Papastathopoulos dibuang padang pada lewat babak pertama apabila kelab itu mensia-siakan gol awal.

Alex Iwobi memberikan gol awal buat kelab itu tetapi Rennes menggunakan kelebihan pemain mereka untuk bangkit dan mendahului selesa dengan kelebihan dua jaringan.

Keputusan itu bermakna Arsenal perlu berusaha lebih keras jika mahu meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir, dengan perlawanan timbal balik menentang kelab Ligue 1 itu akan diadakan Khamis depan.

“Pada 40 minit pertama saya rasa kami mengawal perlawanan, kami jaringkan gol dan kami tidak memberikan peluang buat mereka menjaringkan gol,” kata Emery yang menerima hakikat pasukannya bermain dengan baik selepas seorang pemainnya dibuang padang.




Benjamin Bourigeaud dan Ismaila Sarr menjaringkan gol buat Rennes selain gol sendiri oleh Nacho Monreal.

“Kami perlukan perubahan dalam persembahan kami dan saya yakin kami boleh bangkit pada aksi kedua dengan kehadiran penyokong untuk membantu kami.”

Arsenal akan bertemu United Ahad ini dalam perlawanan besar antara dua pasukan yang bertarung untuk menduduki empat tempat teratas Liga Perdana.

“Kami akan cuba mencari pemain yang cergas dan mempunyai tenaga berbeza bagi setiap perlawanan dan bagi Ahad ini saya rasakan ia perkara yang sama,” kata Emery, yang pasukannya kini berada di kedudukan kelima Liga Perdana, satu mata di belakang United yang kini berada di kedudukan keempat. – AFP