VIDEO Benam Kiev, Chelsea boleh sumbat lagi banyak gol sepatutnya – Sarri

Pedro then thanked targetman Olivier Giroud, who put on the assist after holding the ball up expertly in the area

LONDON 8 Mac – Pengurus Chelsea Maurizio Sarri menyifatkan pasukannya mampu menyumbat lebih banyak gol di babak pertama selepas kelab dari Liga Perdana Inggeris itu meraih bekalan selesa 3-0 menumbangkan Dynamo Kiev pada peringkat 16 akhir pertama Liga Europa, hari ini.



Dalam perlawanan di Stamford Bridge itu, Chelsea berpeluang memburu tempat ke Liga Juara-Juara semula selepas Pedro Rodriguez membuka jaringan pada minit ke-17, disusuli Willian (m-65), sebelum Callum Hudson-Odoi melengkapkan kemenangan selesa di penghujung perlawanan.

“Kami sebenarnya boleh menyumbat lebih banyak gol, terutama di separuh masa pertama, namun keputusan ini adalah keputusan baik.




“Kami tidak boleh bolos di laman sendiri, di mana ia amat penting dalam pertandingan sebegini.

“Kami perlu mara dengan tahap perhatian dan peluang yang tinggi untuk ke peringkat seterusnya,” kata Sarri selepas tamat perlawanan.

Momentum kemenangan ketiga skuad Blues sekali gus mengubah situasi Sarri, yang sebelum ini difahamkan akan dipecat gara-gara prestasi hambar pasukan tersebut beberapa minggu lalu.- AFP