Bayern raih motivasi tinggi menjelang aksi menentang Liverpool

Image result for bayern vs wolfsburg 6-0

BERLIN 10 Mac – Bayern Munich meraih motivasi tinggi menjelang pertembungan Liga Juara-Juara menentang finalis musim lalu, Liverpool selepas membelasah Wolfsburg 6-0 dalam saingan Bundesliga, semalam.

“Hari yang cukup sempurna. Kami rasa sangat baik dan ia bagus untuk menyuntik keyakinan diri. Saya fikir kami boleh kalahkan mereka,” kata pertahanan Bayern, Joshua Kimmich merujuk kepada Liverpool.



Ia merupakan perlawanan terakhir sebelum bertemu skuad bimbingan Jurgen Klopp Khamis ini (waktu Malaysia) dalam aksi timbal balik selepas masing-masing buntu tanpa jaringan pada perlawanan peringkat 16 akhir pertama Liga Juara-Juara di Anfield, Februari lalu.

Serge Gnabry muncul sebagai pencetus pesta gol Bayern selepas membuka jaringan pada minit ke-34, diikuti Robert Lewandowski (m-37, m-85), James Rodriguez (m-52), Thomas Muller (m-76) dan Kimmich (m-82).

“Saya sangat berbangga. Pada ketika kami sedang bergelut, kami mampu menjaringkan gol dan kini kami muncul sebagai pendahulu liga di mana kedudukan yang kami mahu kekal.

“Kami ada satu lagi perlawnaan penting Rabu ini, sebab itu kami mahu fokus untuk menang, dan kemudian kami akan lihat apakah hasilnya,” kata pengendali Bayern, Niko Kovac.

Peluang Liverpool untuk menang juga tampak di Arena Allianz selepas penyerang berbisa Bayern, Lewandowski, meledak 20 gol dalam 17 perlawanan menentang Wolfsburg untuk semua pertandingan.

“Saya juga berbangga dengan rentak permainan kami hari ini. Ia sangat baik untuk persediaan di Liga Juara-Juara,” kata jentera kebangsaan Poland, Lewandowski yang muncul sebagai penjaring terbanyak bagi pemain luar, dengan 197 gol.- AFP