Pochettino berang mentaliti pemain

Alli set up Kane for the game's opening goal on 26 minutes when the Spurs striker collected a pass before finishing clinically

LONDON: Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino berang dengan mentaliti pasukannya selepas membuang kelebihan jaringan awal untuk tewas 2-1 kepada Southampton awal pagi tadi dan merosakkan peluang mereka layak ke Liga Juara-Juara.



Spurs kini hanya mengumpul satu mata daripada empat perlawanan terakhir Liga Perdana lalu melihat kelebihan mereka mengatasi Manchester United, Arsenal dan Chelsea dalam pemburuan ke kelompok empat terakhir semakin pudar.

Pochettino sedang menjalani hukuman pertama daripada dua penggantungan perlawanan di laman sendiri dan kecewa melihat pasukannya gagal mengekalkan dominasi babak pertama selepas jaringan ke-200 Harry Kane.

“Amat sukar untuk memahami kenapa kami mudah sangat berubah daripada babak pertama ke babak kedua. Saya sangat kecewa, kami lebih baik dalam semua aspek dan kemudian kami tewas perlawanan,” kata pengendali dari Argentina itu.




“Ia mengenai bagaimana untuk menjadi lebih baik selepas gol pertama jika anda mahu menjadi pencabar untuk sesuatu yang besar.

“Pada babak kedua kami tidak serius. Saya tidak mahu terlalu mengkritik tetapi apabila anda tewas perlawanan yang anda kawal selepas 45 minit, sepatutnya 3-0, 4-0 dan ditamatkan tewas 2-1, ia sukar diterima.

“Kami mula mengambil risiko yang tidak sepatutnya dan itulah masalah utama. Ia memberikan mereka rasa percaya dan mereka mula mengawal permainan.” – AFP