Kami boleh menang ‘quadruple’

Image result for Manchester City

SWANSEA 15 Mac – Pep Guardiola mengingatkan bahawa Manchester City berpeluang memenangi ‘quadruple’ (menang empat gelaran dalam satu musim), dengan salah satunya daripada Piala FA selepas mereka dijadualkan bertembung Swansea di suku akhir, Sabtu ini.

Terdapat 16 lagi perlawanan untuk skuad kendalian Guardiola merangkul keempat-empat kejuaraan, dengan City kian menghampiri trofi Piala FA, selain mara ke suku akir Liga Juara-Juara selepas membelasah Schalke 7-0 di peringkat 16 akhir kedua.



“Saya sudah cakap banyak kali, dan saya tahu anda semua baik hari dan terima kasih semua. namun setiap kali kami mengeluarkan kenyataan sebegitu, kami gagal dalam perlawanan.

“Saya fikir anda cuba membuat prvokasi terhadap saya. Selepas ini kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi,” ujar Guardiala yang turut tergelak selepas diajukan soalan berhubung peluang untuk meraih quadruple musim ini.

City sudahpun mengucup Piala Liga setelah menumbangkan Chelsea bulan lalu, namun gelaran tersebut bukan dianggap sebagai noktah untuk Guardiola memburu lebih banyak kejayaan.

Kemenangan ke atas Swansea membolehkan City mara ke separuh akhir Piala FA, dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu turut mahu mempertahan kejuaraannya dalam saingan liga.

City kini berkelebihan satu mata di depan tempat kedua, Liverool, namun kedudukan tersebut mampu dirampas jika Reds menang ke atas Fulham Ahad ini.

Dalam usaha mengawal tekanan pemain, Guardiola cuba berbincang dengan mereka dengan mengatakan peluang untuk City menang kesemua empat trofi, di mana belum pernah ada dalam sejarah kelab inggeris.- AFP