Man City jumpa Spurs di suku akhir Liga Juara-Juara

NYON, Switzerland: Manchester City dan Tottenham Hotspur akan bertemu sesama sendiri dalam saingan dua pasukan Liga Perdana Inggeris selepas undian suku akhir Liga Juara-Juara sebentar tadi.



Manchester United, yang menampilkan kebangkitan hebat berdepan Paris Saint-Germain untuk ke kelompok lapan terbaik, akan berdepan Barcelona dalam satu lagi undian.

Ajax akan bertemu skuad diketuai Cristiano Ronaldo, Juventus selepas mengetepikan juara Eropah, Real Madrid dalam kelompok 16 pasukan terakhir.

Liverpool pula berdepan Porto. – AFP

Suku akhir

Ajax (NED) mln Juventus (ITA)

Liverpool (ENG) mln Porto (POR)

Totttenham Hotspur (ENG) mln Manchester City (ENG)

Barcelona (ESP) mln Manchester United (ENG)

Separuh akhir

Tottenham Hotspur/Manchester City mln Ajax/Juventus

Barcelona/Manchester United mln Liverpool/Porto