Musso gembira Messi kembali perkuat Argentina

Penjaga gol Argentina, Juan Musso, berkata ia merupakan satu kebanggaan kerana Lionel Messi kembali ke pentas antarabangsa.

Messi tidak bermain untuk Argentina sejak tersingkir daripada penyingkiran pusingan 16 Piala Dunia tetapi pemenang Ballon d’Or lima kali itu kembali untuk aksi persahabatan berdepan Venezuela dan Maghribi.



Segar selepas meledak hatrik ke-33 dalam saingan LaLiga, Messi akan membuat penampilan berdepan Venezuela di Madrid sebelum bertemu Maghribi empat hari berikutnya, dan penjaga gol Udinese, Musso, gembira dengan kepulangannya.

“Kami sangat gembira,” kata Musso. “Dia berlatih sama seperti kami semua dan ia merupakan satu kebanggaan kerana dapat menyaksikan dia kembali ke dalam skuad antarabangsa.




“Saya berharap kami semua dapat meraih keputusan yang diinginkan.

Messi –- penjaring gol terbanyak Argentina sepanjang zaman dengan 65 gol — menjaringkan 29 gol dalam saingan LaLiga musim ini selepas 39 untuk semua kejohanan bersama Barcelona.

Pemain berusia 31 tahun itu, meledak enam gol dalam tiga perlawanan, kali terakhir menjaringkan gol ketika meraih kemenangan dramatik ke atas Nigeria untuk melangkah ke pusingan 16 Russia 2018.