Depay cemerlang bantu Belanda atasi Belarus

ROTTERDAM, Belanda: Memphis Depay menyerlah buat Belanda dengan dua gol dan dua bantuan untuk gol ketika pasukan itu mengatasi Belarus 4-0 pada aksi pembukaan kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi walaupun bermain 20 minit terakhir dengan 10 orang.



Depay membuka jaringan buat Belanda pada minit pertama dan jaringan kedua menerusi penalti selepas membantu Georginio Wijnaldum untuk gol kedua yang mudah pada minit ke-21.

Selain itu hantaran lintangnya menghadirkan buat gol keempat dihasilkan Virgil van Dijk dengan pasukannya bermain 10 selepas pemain simpanan terakhir, Kenny Tete mengalami kecederaan hamstring.

“Sukar untuk memilih antara gol dan bantuan gol,” kata Depay selepas persembahan hebantnya untuk pasukan kebangsaan.

“Gol pertama itu bagus kerana ia dilakukan dengan menggunakan bahagian kaki luar, tetapi saya juga gembira dengan bantuan untuk gol kedua.”

Skuad muda kendalian Ronald Koeman kini mendahului Kumpulan C, sama mata dengan Ireland Utara menjelang pertembungan dengan Jerman Ahad ini, pasukan yang disingkirkan mereka pada Liga Negara November lalu.

Skuad Belanda melalui perubahan besar sejak Koeman mengambil alih selepas gagal layak ke Piala Dunia 2018, menewaskan Jerman dan juara dunia, Perancis untuk memenangi kumpulan Liga Negara dan mara ke separuh akhir berdepan England pada Jun.

“Ia sesuatu yang memalukan kena bermain 20 minit terakhir dengan 10 pemain,” kata bekas pengendali Ajax, Southampton dan Everton itu.

“Saya memarahi diri sendiri … tetapi Denzel (Dumfries) merasa sakit pada pangkal paha, jadi saya perlu membuat perubahan.” – AFP