Kedudukan Cannavaro selaku pengurus China terancam?

Image result for Fabio Cannavaro

BEIJING 22 Mac – Legenda Itali, Fabio Cannavaro bakal berdepan lebih banyak kritikan selepas sentuhan pertamanya selaku pengurus skuad kebangsaan China menemui kekalahan 0-1 kepada Thailand di laman sendiri.

Kekalahan tersebut sekali gus menyebabkan pasukan tersebut bakal terlepas perlawanan akhir kejohanan empat negara, China Cup.



Chanathip Songkrasin, yang dikenali sebagai Thai Messi, muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-33 dalam saingan di Pusat SUkan Guangxi, di selatan bandar Nanning.

Skuad Gajah Perang bagaimanapun mempunyai peluang untuk melebarkan kedudukan, namun tindakan cemerlang penjaga gol Yan Gunling berjaya menafikannya, selain penyerang mereka gagal mentafsirkan jaringan.




Cannavaro dilantik sebagai pengurus China minggu lalu, namun mengundang kritikan, malah kemarahan orang ramai.

Persatuan Bola Sepak China tidak memberikan penjelasan sama ada kedudukan Cannavaro tetap atau sementara, memandangkan dia masih lagi memegang jawatan selaku pengendali di kelab Gergasni Loiga Super China, Guangzhou Evergrande.- AFP