Ong Kim Swee harap pemain segera cergas bagi perlawanan menentang China

Image may contain: 7 people, people standing

Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa corak permainan anak buahnya sediki terjejas kerana pertukaran dalam kesebelasan utama. Tetapi, anak buahnya yang terlalu tergesa-gesa mahu mencari gol juga membuatkan persembahan mereka sedikit mengecewakan.



“Yang penting kita dapat tiga mata yang diperlukan sebelum bermain menentang China. Permainan kami tidak begitu kemas mungkin kerana terlalu banyak pertukaran, jadi kita sentiasa mengejar gol dan membuatkan corak permainan kami sedikit terjejas,” kata Kim Swee selepas perlawanan.

Berdepan pesaing utama mereka dalam peringkat kelayakan ini, China, Datuk Ong Kim Swee berharap agar pemain-pemainnya akan segera cergas dan dia dapat menurunkan barisan terbaiknya dalam perlawanan tersebut nanti.

“Kita perlu berada di tahap terbaik untuk beraksi menentang China dalam perlawanan penentuan. Pemain harus kembali cergas, terutamanya yang sudah beraksi dalam kedua-dua perlawanan . Kami perlu mendapatkan keputusan yang baik menentang China, jadi saya harap semua pemain dapat berehat dengan baik sebelum saya membuat keputusan siapa yang akan diturunkan.

“Kita tahu China merupakan pasukan yang bagus. Tetapi beraksi di tempat sendiri, saya yakin kita mampu bersaing dan memberikan tentangan sengit kepada pasukan China.”

Skuad muda negara akan berdepan China di Stadium Shah Alam dalam perlawanan terakhir mereka pada hari Selasa nanti. Buat masa ini, Malaysia berada di tangga kedua Kumpulan J menerusi perbezaan jaringan. Anak buah Datuk Ong Kim Swee menjaringkan empat gol daripda dua perlawanan, sementara China pula menjaringkan 13 gol apabila menang 5-0 ke atas Laos dan 8-0 ke atas Filipina.