Manchester United bernasib baik – Shaw

Solskjaer shares an embrace with Paul Pogba after the final whistle brought an end to the Norwegian's first official game

LONDON 31 Mac – Luke Shaw menyifatkan Manchester United sangat bernasib baik kerana berjaya meraih kemenangan ke atas Watford selepas menampilkan aksi buruk ketika di Old Traforrd.



The Red Devils meraikan pelantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengendali tetap dengan kejayaan 2-1 ke atas pasukan Javi Garcia yang membolehkan mereka memintas Arsenal di kedudukan keempat liga dengan The Gunners memiliki kelebihan satu perlawanan.

Marcus Rashford dan Anthony Martial masing-masing menjaringkan gol namun Watford lebih banyak menguasai permainan selepas mealkukan lebih 20 percubaan mengatasi United dengan hanya lapan percubaan dan mereka meraih gol saguhati pada masa kecederaan menerusi Abdoulaye Doucoure.

Shaw mengakui bahawa pasukannya sangat bernasib baik untuk meraih mata dengan mereka akan berkunjung ke Wolverhampton, Selasa ini selepas tersingkir daripada saingan Piala FA, dua minggu lalu.

“Kami terpaksa bekerja keras dengan aksi yang kami tampilkan.

Anthony Martial celebrates with his Manchester United team-mates after doubling his side's lead over Watford

“Separuh masa pertama kami tidak cukup baik tetapi pada separuh masa kedua, saya berterus-terang, kami bermain dengan teruk. Kami cuma bernasib baik dengan keputusan ini.

“Kami ada beberapa peluang tetapi kami sia-siakan peluang itu. Paling penting kami dapat tiga mata daripada perlawanan ini,” katanya.-AGENSI