Dollah Salleh kecewa Pahang tidak dapat cari gol kemenangan

Image result for pahang 1-1 pj city

Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh ternyata kecewa apabila pasukannya mensia-siakan peluang yang terhidang sekaligus membuatkan mereka terikat 1-1 dengan Petaling Jaya City di Stadium Darul Makmur.



“Sebenarnya kami telah berikan yang terbaik. Nampaknya PJ City dapat menjaringkan gol dengan hanya satu peluang menerusi Safee Sali. Kami ada banyak peluang tetapi kami sukar untuk menjaringkan gol. Saya berpuas hati dengan corak permainan kami cuma kami tidak menjaringkan gol dan itu membuatkan kami nampak tertekan.

“PJ City lebih banyak bertahan dan kami pula hanya menumpu pada hantaran dan penyerang hari ini tidak banyak membuat gerakan yang dapat memecahkan benteng pertahanan mereka. Saya bersyukur kami dapat menjaringkan gol menerusi Ze Love, tetapi tidak dapat mencari gol kemenangan dan itu kami perlu perbaiki. Dalam bolasepak, tidak kira sebagus mana anda main, ianya tidak akan mendatangkan hasil jika tidak menjaringkan gol.”

Petaling Jaya City membuka jaringan menerusi penyerang berpengalaman, Safee Sali pada minit ke-33. Pahang yang mempunyai banyak peluang menjaringkan gol sukar untuk mencari gol penyamaan. Pada minit ke-49, akhirnya penyerang Brazil, Ze Love berjaya membantu mengikat kedudukan menerusi sepakan percuma. Pahang yang mendominasi perlawanan tidak dapat mencari gol kemenangan dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Pahang akan berkunjung ke Stadium Shah Alam pada hari Ahad depan untuk bertemu PKNS FC.