The Red Warriors kembali diuruskan KAFA

Selepas kemelut yang melanda, pasukan Kelantan akan kembali diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), selepas kerjasama mereka bersama Syarikat MyInspiration Sdn Bhd menerusi Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn.Bhd. dibatalkan.



“Tenat atau tidak (kewangan) ia bukan isu. Ini soal tanggungjawab KAFA terhadap bola sepak Kelantan. Kami tidak akan lari dari tanggung jawab.

“Kami sentiasa terbuka dan amat menyambut baik usaha untuk bantu KAFA. Hal ini kerana kita sedar masyarakat Kelantan sayangkan TRW,” kata Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah dalam satu sidang media di Kota Bharu semalam.

Kelantan sebelum ini telah merancang untuk menuju ke arah penswastaan menerusi kerjasama itu, tetapi selepas masalah yang melanda terpaksa memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang berlaku. Masalah ini turut menyebabkan beberapa pemain mula memikirkan masa depan mereka bersama pasukan. Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai piya antara pemain yang telah menarik diri biarpun baru kembali bersama pasukan.