Mehmet kecewa kesilapan pemainnya berikan gol kepada Kuala Lumpur

Image result for Kuala Lumpur 3-3 Perak

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic ternyata kecewa kerana kesilapan pemainnya dalam perlawanan menentang Kuala Lumpur semalam membuatkan mereka perlu terima dengan membawa hanya satu mata.

Perak pada musim lalu mempunyai rekod cemerlang menentang Kuala Lumpur dengan empat kemenangan. Berbeza pula apa yang berlaku semalam apabila Perak hampir pulang dengan kehampaan selepas ketinggalan 2-3 dengan baki permainan hanya lima minit lagi tetapi bangkit kembali untuk menyamakan kedudukan kepada 3-3.



“Kita semua manusia biasa dan melakukan kesilapan. Tetapi sebagai pemain, mereka tidak boleh melakukan kesilapan dan kami melakukannya sebanyak tiga kali dan mereka menjaringkan tiga gol. Ini bolasepak dan anda perlu berikan mereka keyakinan dan bangkit kembali. Tiada siapa yang mahu melakukan kesilapan seperti ini tetapi ini bolasepak biarpun ianya sukar diterima. Apa yang penting, kami berjuang dan bangkit kembali serta berhak mendapat satu mata. Satu mata adalah ok. Secara jujurnya saya rasa kami patut mendapat tiga mata.

“Pemain memberikan 100 peratus. Kami menjaringkan tiga gol kali ini tetapi kami melakukan terlalu banyak kesilapan dan menghadiahkan tiga gol menerusinya. Ianya tidak mudah tetapi kami dapat satu mata di tempat lawan, jadi kami perlu terus bangkit.”

Perak membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi jaringan sendiri pemain Kuala Lumpur, Zaiful Hakim. City Boys kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan ke-99 Indra Putra Mahayuddin di Liga Super. Dua penalti dihadiahkan oleh pengadil yang disempurnakan oleh Gilmar dan Guilherme De Paula untuk menamatkan separuh masa pertama 2-2. Dua kad merah dilayangkan pengadil di separuh masa kedua dengan Luke Woodland dan Nazirul Naim menjadi mangsa. Paulo Josue menjaringkan gol yang cantik menerusi sepakan percuma untuk membantu Kuala Lumpur di hadapan sebelum Nor Hakim Hassan membantu Perak mengikat keputusan 3-3 pada minit ke-85.