Atletico tangguh hasrat Barca julang trofi lebih awal

Image result for atletico madrid 3-2 valencia

MADRID 25 April – Atletico Madrid menangguhkan hasrat Barcelona untuk menjulang trofi La Liga untuk tempoh beberapa hari selepas menang 3-2 ke atas Valencia, hari ini.

Alvaro Morata, Antoine Griezmann dan Angel Correa menyumbang gol untuk Atletico, sementara jaringan Valencia menerusi Kevin Gameiro serta Dani Parejo.



Jika Atletico tewas di laman sendiri, ia akan menganugerahkan mahkota kejuaraan kepada Barca untuk kali ke-26 lebih awal.

Skuad Catalans bagaimanapun mampu merealisasikannya di Camp Nou pada Sabtu ini jika menang ke atas Lavente, sekali gus merangkul gelaran buat kali keempat dalan tempoh lima tahun.- AFP