Tan Cheng Hoe harap Lee Tuck dapat passport Malaysia secepat mungkin

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berharap agar pemain berdarah Malaysia dari Terengganu FC, Lee Tuck, mendapat passport Malaysia secepeat mungkin bagi memperkuat pasukan menjelang perlawanan 1 Kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Lee Tuck sebelum ini dikhabarkan berdepan masalah untuk mendapatkan passport Malaysia dan sedang berusaha bagi mempercepat proses tersebut supaya dia dapat menyarung jersi Harimau Malaya dalam masa terdekat ini.



“Jika kita tengok dari segi perkembangan dalam Liga Super dengan Terengganu (Lee Tuck) bermain dengan begitu baik dan mempunyai ciri-ciri sebagai pemain kebangsaan selain ada semangat berpasukan yang tinggi, kita harap segala dokumen dia dapat dipercepatkan dan boleh dapatkan passport Malaysia secepat mungkin.

“Bukan Lee Tuck sahaja malah pemain tempatan juga perlu memberi 100 peratus perhatian dan fokus untuk ‘play off’ ini dan sudah tentu saya mahukan kesebelasan pemain yang dipanggil nanti mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Kita memerlukan semangat berpasukan dan jika (mengharapkan) Lee Tuck seorang sahaja tidak cukup dan kita perlukan pasukan yang terbaik untuk ‘play off’ nanti,” kata Cheng Hoe seperti dilaporkan Berita Harian

Skuad kebangsaan akan berdepan Timor Leste dalam perlawanan kelayakan nanti yang akan berlangsung secara timbal balik pada 6 dan 11 Jun nanti.