Pogba virus Red Devils?

Image result for pogba

MANCHESTER 24 April – Pelik tetapi benar.

Biasanya penyokong sesebuah kelab akan gembira apabila mendapat berita pemain mereka tersenarai dalam Kesebelasan Utama Pasukan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA XI).



Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku kepada Manchester United apabila penyokong mereka berang selepas nama bintang tengah Perancis, Paul Pogba turut berada dalam senarai PFA XI 2018/2019.

Menurut akhbar Britain, Times, Pogba satu-satunya pemain bukan Manchester City atau Liverpool yang berjaya menempatkan diri dalam pasukan tersebut.

Bagaimanapun berita itu mengejutkan penyokong Red Devils yang menganggap dia tidak layak berada dalam senarai 11 pemain terbaik Liga Perdana musim ini kerana bergelut dengan prestasi dan tidak banyak menyumbang kepada United, yang kini ini menduduki tangga keenam liga.

“Dia adalah virus dan tidak layak disenaraikan,” kata seorang penyokong Red Devils dalam Twitter.

“Maaf, dia tidak layak langsung,” tulis seorang lagi, seperti yang dilaporkan Daily Star.

“Saya tidak faham mengapa dia boleh dipilih,” kata peminat yang lain. – AGENSI