JDT perkukuh carta teratas Liga Super, PJ City buat Tok Gajah merana

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super susulan kemenangan 2-0 ke atas FELDA United, malam tadi.



Beraksi di gelanggang lawan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, JDT membawa pulang tiga mata berharga untuk berdiri megah di kedudukan teratas dengan kelebihan lima mata di atas pencabar terdekat, Pahang.

Ia susulan kekalahan 2-0 yang dialami skuad Tok Gajah di tangan pendatang baharu Liga Super, Petaling Jaya City FC di gelanggang lawan.

Kedua-dua gol kemenangan JDT dijaringkan pemain import dari Brazil, Diego Luis Santo pada minit ke-38 dan minit ke-61.




Kemenangan menyaksikan JDT yang juga juara bertahan, mengekalkan rekod tanpa kalah mereka sekali gus semakin selesa dalam misi memburu kejuaraan Liga Super kali keenam berturut-turut.

Image result for PJ City 2-0 pahang

Sementara itu usaha Pahang untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terganggu selepas tewas 0-2 kepada Petaling Jaya City FC (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Selain rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah lebur, keputusan itu juga membiarkan JDT makin menjarakkan diri kepada lima mata di puncak liga.

Penjaga gol PJ City, Mohd Muhaimin Mohamad boleh diangkat selaku wira apabila tampil aksi tangkas terutamanya ketika menafikan banyak percubaan Pahang di babak kedua.