Xavi bakal bersara hujung musim ini

Xavi mengumumkan persaraannya dalam dunia bola sepak pada hujung

DOHA – Pemain legenda Barcelona dan Sepanyol, Xavi Hernandez mengesahkan bahawa dia akan menggantung but sebagai pemain bola sepak profesional pada penghujung musim ini.



Pemain berusia 39 tahun yang beraksi bersama skuad Al Sadd itu mengakui sudah sampai masanya untuk dia melebarkan karier sebagai jurulatih, sekali gus berkongsi pengalamannya kepada pemain generasi baharu.

“Ini adalah musim terakhir saya sebagai pemain bola sepak kerana saya mahu menjadi jurulatih pula selepas ini. Falsafah yang akan saya gunakan sewaktu menjadi jurulatih akan melibatkan gaya permainan yang dipengaruhi daripada permainan Johan Cruyff dan akademi Barcelona.




“Saya sudah mempunyai pasukan yang akan membangunkan falsafah berkenaan. Sebenarnya, corak permainan di Barcelona turut menggunakan falsafah ini dan saya sangat teruja dan terhibur apabila melihat keindahan gaya permainan ini di atas padang,” katanya Xavi.

Sebagai rekod, Xavi yang memulakan karier di Barcelona sejak 1998 hingga 2015 telah di­nobatkan sebagai pemain perancang terhebat sepanjang zaman apabila berjaya mele­dakkan 58 gol daripada 505 perlawanan.

Ketika mewakili Al Sadd, bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu sudah meledakkan 21 gol daripada 82 perlawanan. – Agensi