Kami memang mahu lihat Akhyar beraksi di luar negara – Rafdi Rashid

Image result for rafdi akhyar jdt

Jika benar ada tawaran dari luar negara, pergilah.



Itulah yang dikhabarkan oleh abang kepada Akhyar Rashid, Rafdi Rashid berkenaan khabar mengenai minat kelab dari Liga Belarus, BATE Borisov terhadap adiknya.

Baru-baru ini khabar tersebar luas mengenai minat kelab Belarus itu terhadap pemain sayap JDT, Akhyar Rashid selepas laman Football Agent Malaysia menyiarkan mengenainya. Akhyar dikatakan telah menarik minat kelab tersebut dan mereka mahu mengujinya dalam masa terdekat ini.

“Saya belum mendapat apa-apa panggilan daripada ejen membabitkan perkara ini namun seandainya perkara ini benar, saya serahkan semuanya kepada JDT untuk menguruskannya.




“Cuma sebagai ahli keluarga, kami sememangnya mahu melihat Akhyar beraksi di luar negara kerana dia juga sememangnya mengimpikan peluang sebegini. Kami memberi sokongan sepenuhnya kepada Akhyar.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebelum ini pun, kami banyak berbual dengannya dan dia sendiri bersedia untuk ke luar negara sekiranya mendapat tawaran. Dia masih muda dan inilah masanya untuk dia tunjukkan potensi yang dimilikinya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Akhyar menjadi antara bintang sensasi negara selepas menunjukkan aksi hebat bersama Kedah dan skuad kebangsaan pada musim lalu. Prestasi baik Akhyar telah menarik minat Johor Darul Ta’azim (JDT) yang membawanya ke Larkin musim ini.