Real Madrid yakin dapat Hazard

Image result for hazard madrid

LONDON 14 Mei – Real Madrid berkeyakinan tinggi bahawa Eden Hazard akan menandatangani kontrak untuk menyertai mereka sebelum bermula pra-musim.



Bintang Chelsea itu mempunyai baki kontrak selama setahun dan dikaitkan untuk menyertai Real Madrid.

Menurut laporan akhbar Perancis, L’Equipe mendakwa kelab tersebut sudah pun mencapai persetujuan untuk membayar 87 juta pound (RM47O juta).




Difahamkan Hazard akan menurunkan tanda tangannya beberapa hari selepas final Liga Europa pada 29 Mei ini.

Bagaimanapun, Chelsea enggan membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut. The Blues juga bakal kehilangan pemain muda, Callum Hudson-Odoi yang menjadi buruan Bayern Munich. – AGENSI