Mbappe menang dua anugerah Pemain Terbaik Perancis

PARIS: Penyerang Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe, yang sudah menjaringkan 32 gol musim ini hari ini menerima dua anguerah iaitu Pemain Terbaik dan Pemain Terbaik Bawah 21 Tahun bagi musim 2018-19.



Mbappe, 20, yang meledak dua gol dalam minit akhir Ligue 1 menewaskan Dijon 4-0 Sabtu lalu muncul pemain pertama Perancis dalam sejarah 53 tahun mengumpul 32 gol sejak dilakukan pemain Nantes, Philippe Gondet yang menjaringkan 36 pada musim 1965-66.

“Sampai masanya untuk saya menunaikan lebih tanggungjawab, ketika ini mungkin bersama PSG, dengan penuh keseronokan, mungkin satu masa nanti dengan pasukan lain dengan projek baharu pula,” kata Mbappe selepas menerima anguerah itu, pagi ini.




Dalam pada itu, pertahanan tengah Jerman, Dzsenifer Marozsan, yang membantu kempen skuad wanita Olympique Lyonnais yang mengecapi 13 kemenangan berturut-turut dan kejayaan keempat ke Liga Juara-Juara Wanita diangerahkan Pemain Terbaik Liga Divisyen 1 buat kali ketiga berturut-turut.

Pengendali Lille, Christophe Galtier pula diundi bagi anugerah Jurulatih Terbaik Ligue 1 musim ini selepas memacu kelabnya menamatkan kempen di tangga kedua di belakang PSG. – Reuters