MFL tangguh perlawanan Pahang vs Felda United

Badan pengelola liga bolasepak Malaysia, Malaysia Football League (MFL) hari ini mengumumkan hanya lima perlawanan liga akan berlangsung pada minggu ini. Perlawanan yang akan berlangsung adalah Terengganu FC vs Selangor, Perak vs Melaka, PKNS FC vs Petaling Jaya City FC, Kuala Lumpur vs PKNP FC dan Johor Darul Ta’azim vs Kedah.



Perlawanan di antara Pahang menentang Felda United yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, ditangguhkan bagi menghormati kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Muadzam Shah yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 22 Mei 2019.




Malaysian Football League (MFL) telah membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan LS15 Pahang lwn Felda United FC ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Selain itu, MFL juga akan mengadakan upacara bertafakur selama satu minit sebelum sepakmula bagi semua perlawanan Liga Malaysia 2019 pada 24-26 Mei 2019.