5 bulan tak dapat gaji, Cassio tinggalkan Kelantan

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text

KOTA BHARU 29 Mei – Bola sepak Kelantan makin parah apabila tonggak import, Cassio De Jesus membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didakwa gagal membayar gaji pemain tersebut sejak lima bulan lalu.

Bek tengah kelahiran Brazil itu mendedahkan perkara tersebur menerusi status yang dimuat baik dalam Instagram miliknya semalam.



Cassio berkata, dia membuat keputusan itu selepas mengambil kira masalah kewangan pasukan yang makin mendesak ketika ini.

Menurutnya, sebelum membuat keputusan untuk keluar dari The Red Warriors (TRW) dia telah memberikan masa kepada KAFA untuk menyelesaikan tunggakan gaji.

“Saya telah menunjukkan sikap profesional tetapi apa yang ditunjukkan KAFA bukanlah cara sebuah pengurusan sebuah kelab profesional,” katanya.




Cassio memberitahu, dia berterima kasih kepada ‘pemain ke-12’ di atas sokongan padu yang telah diberikan selama ini.

Bagaimanapun katanya, sokongan sahaja tidak mencukupi untuk seorang pemain meneruskan karier.

“Saya harap Kelantan akan bangkit kerana TRW adalah sebuah pasukan yang bagus,” ujarnya.

Pemain berjersi nombor empat itu akan menyertai Terengganu FC. – UTUSAN