Bekas pemain tengah Arsenal sertai skuad China

Related image

BEKAS pemain tengah Arsenal dan Brentford, Nico Yennaris menjadi pemain pertama lahir di luar negara dipanggil menyertai skuad Kebangsaan China selepas disenaraikan skuad Marcello Lippi dalam perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Tajikistan.



Yennaris, dikenali sebagai Li Ke di China, dilahirkan dan membesar di England dan layak beraksi untuk China menerusi ibunya, yang dilahirkan di negara itu.

Pemain berusia 25 tahun menandatangani kelab Liga Super China, Beijing Guoan pada Januari dan diberikan kerakyatan China, membolehkan dia dipilih oleh Lippi ketika pengendali Itali itu meningkatkan kekuatan pasukan kebangsaan negara itu yang sedang berjuang.



Kemasukan Yennaris mengubah polisi Persatuan Bola Sepak China, yang sebelum ini menentang penyertaan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan walaupun ia menjadi amalan biasa bagi kebanyakan negara lain.

Skuad Lippi dalam misi untuk layak ke Piala Dunia Qatar pada 2022. China akan memulakan kempen untuk layak ke pusingan akhir buat pertama kali sejak 2002 pada September.

Perlawanan berdepan Filipina dan Tajikistan di Guangzhou pada 7 dan 11 Jun adalah aksi pemanas badan sebagai persediaan kelayakan pertama.