Pemain import baharu TFC I hadapi masalah ITC

Image result for Luis Gustavo Camilo

KUALA TERENGGANU – Persiapan Terengganu Football Club I (TFC I) untuk bertandang ke Stadium Hang Jebat bagi aksi Liga Super menentang Melaka United pada Sabtu ini sedikit terencat kelewatan ketibaan pemain pertahanan import baharu kelab itu.



Pemain pertahanan, Luis Gustavo Camilo, 27, sepatutnya berada di bumi Terengganu pada minggu lalu namun terpaksa ditangguhkan berikutan masalah mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC).

Penolong Ketua Jurulatih TFC I, Mohd. Nik berkata, isu ITC melibatkan Camilo yang berasal Brazil tersebut dijangka diselesaikan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu pada masa terdekat.




“Kelewatan ini menyebabkan kami terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan khidmat Camilo pada aksi dengan Melaka United pada Sabtu ini,” katanya ketika kepada Kosmo! hari ini.

Begitupun, Mohd. menegaskan situasi tersebut tidak mencemaskan skuad TFC I sebaliknya beliau percaya keampuhan benteng pertahanan skuad Penyu tidak akan terjejas teruk biar pun tanpa dikemudi pemain import.

Camilo merupakan satu-satunya pemain import yang ditandatangani skuad Penyu bagi menggantikan Igor Zonjic kelahiran Serbia yang telah digugurkan pada jendela perpindahan pertengahan musim ini pada akhir bulan lalu. – K! ONLINE