Griezmann ke Barcelona atau Man United?

Image result for Antoine Griezmann

MADRID: Antoine Griezmann dalam proses meninggalkan Atletico Madrid untuk menyertai gergasi Sepanyol, Barcelona.





Penyerang Perancis itu bulan lalu mengumumkan yang dia akan meninggalkan Atletico pada musim panas ini selepas mengharungi lima musim di ibu kota Sepanyol itu.

Barcelona sudah lama dikaitkan dengan perpindahan Griezmann dan pemain 28 tahun itu mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya yang sedia dipenuhi juara La Liga itu.




Presiden Atletico Miguel Angel Gil Marin mengesahkan yang dia sudah tahu destinasi Griezmann seterusnya sejak tiga bulan lalu.

“Ia amat jelas di mana dia akan bermain, saya sudah tahu sejak Mac. Di Barcelona,” kata Gil Marin.

Sementara itu Manchester United dilaporkan menawarkan £95 juta untuk mendapatkan Griezmann.

Griezmann menyertai Atletico dari Real Sociedad pada tahun 2014 dan membantu kelab itu memenangi Liga Europa pada tahun 2018, dengan dia meledak dua gol pada final menentang Marseille. – AGENSI