[Video] Eden Hazard bertemu penyokong Real Madrid secara rasmi

EDEN Hazard disahkan menyertai kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid dengan yuran perpindahan dipercayai melebihi 150 juta pound (RM793 juta).



Perpindahan pemain antarabangsa Belgium itu ke Galacticos membabitkan kontrak lima tahun dan ketika ini Hazard hanya perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebelum boleh beraksi di Liga Sepanyol.




Sepanjang tujuh musim bersama Chelsea, Hazard telah menjaringkan 110 gol dengan 352 penampilan.

Hazard juga telah membantu Chelsea memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga Europa sebanyak dua kali, Piala FA serta Piala Liga Inggeris.