Sarri sertai Juventus

Image result for Sarri juventus

LONDON – Maurizio Sarri telah meninggalkan Chelsea untuk menerima tawaran menjadi pengurus juara Serie A, Juventus dengan perjanjian selama tiga tahun.



Sarri yang menyertai Chelsea dari Napoli pada Julai 2018 telah membantu kelab Liga Perdana Inggeris itu memenangi Liga Europa semasa satu musim bersama Blues.

Difahamkan bayaran pampasan Sarri bernilai 5 juta pounds (RM26.19 juta) telah dipersetujui kedua-dua kelab berkenaan.




Sarri akan menggantikan rakan senegaranya dari Itali, Massimiliano Allegri yang meninggalkan Juventus pada penghujung musim lalu.

“Dalam perbincangan, Maurizio Sarri secara jelas telah memberitahu keinginannya untuk kembali ke negaranya dengan alasan yang amat kuat.

“Antaranya adalah mahu berada dekat dengan keluarga di Itali,” kata pengarah Chelsea, Marina Granovskaia. – AGENSI