ASEAN akan melancarkan bidaan hak tuan rumah Piala Dunia 2034

Image result for asean world cup

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha telah mengesahkan bahawa Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan melancarkan satu bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA pada tahun 2034.


Perdana Menteri Thailand itu mengesahkan perkara berkenaan ketika bercakap dalam satu sidang media selepas perjumpaan pertama bersama pemimpin 10 anggota ASEAN.

“Pemimpin-pemimpin mendapat sokongan daripada seluruh rantau ini untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA pada tahun 2034, jika boleh. Saya ingin menjemput seluruh penduduk ASEAN untuk menyokong persatuan bolasepak negara masing-masing untuk memastikan mimpi ini menjadi kenyataan,” katanya.




Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Brunei adalah 10 negara yang merupakan sebahagian daripada ASEAN dan akan melancarkan bidaan rasmi untuk menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2034.

Piala Dunia FIFA akan kembali ke benua Asia selepas 20 tahun pada 2022 di mana juara Piala Asia 2019, Qatar, akan menjadi penganjur. Jepun dan Korea Selatan menjadi penganjur pertama acara bolasepak terbesar dunia itu pada tahun 2002.