[VIDEO] Copa baru bermula buat Argentina selepas benam Qatar

PORTO ALEGRE, Brazil: Argentina akan tampil dengan permulaan baru pada suku akhir Copa Amerika selepas terdahulu menghadapi bencana yang kemudian diselamatkan dengan kemenangan 2-0 ke atas Qatar pada awal pagi ini, kata bintang pasukan Lionel Messi.



Gol daripada penyerang ikon Barcelona, Lautaro Martinez dan Sergio Aguero sudah cukup untuk membantu Argentina yang sebelumnya berada di kedudukan tercorot Kumpulan B untuk melonjak naik ke kedudukan kedua kumpulan bagi memperoleh tiket ke suku akhir menentang Venezuela pada Jumaat ini di Stadium Maracana di Rio.

“Perkara terpenting adalah untuk memperoleh kemenangan san meneruskan saingan di Copa, melepasi peringkat kumpulan,” kata kapten pasukan Argentina itu yang akan meraikan ulang tahun ke-32 pada esok.

“Ini akan menjadi suntikan terpenting bagi kami untuk menghadapi cabaran akan datang … Copa bermula sekarang.
“Kejayaan ini akan memberi kami kekuatan dan mematangkan kami sebagai satu pasukan.”




Persembahan Argentina jauh daripada prestasi sebenar mereka tetapi itu sudah mencukupi untuk menewaskan Qatar, yang dibolosi selepas hanya empat minit apabila Bassam Hicham melakukan kesilapan dengan menghantar bola terus ke Martinez.

Messi mengakui pemain Argentina gementar menghadapi perlawanan itu.

“Ia adalah sukar bermain dalam perlawanan seperti ini berikutan tuntutan (untuk menang), dengan kebimbangan akan tersingkir.

“Tetapi selain itu kami bermain bagus dan melepasinya, yang mana lebih penting.” – AFP