Safiq Rahim sasar Melaka menang semua baki perlawanan

Image result for melaka JDT 1-2

KEKALAHAN 1-2 Melaka kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan penamat perjuangan skuad terbabit meraih empat terbaik malah mampu mengintai tempat ketiga mahupun di tangga kedua liga, kata Safiq Rahim.



Pemain tengah Melaka bekas bintang kebangsaan, JDT dan Selangor itu berkata, kekalahan kepada lawan di Stadium Hang Jebat, kelmarin sememangnya mengecewakan.

Kekalahan itu meletakkan Melaka di tangga keenam liga selepas berada pada kedudukan empat teratas sebelum ini.

Namun baginya, perjuangan belum terhenti ketika saingan berbaki empat perlawanan untuk diharungi musim ini.

“Kami mensasarkan kemenangan pada kesemua empat aksi berkenaan,” katanya.

Baginya, misi Melaka untuk berada dalam kedudukan empat teratas masih terbuka.

Safiq memiliki rekod cemerlang menjulang semua trofi termasuk Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA bangga dengan kejayaan JDT merangkul liga Super enam musim berturut-turut.




Dia pernah mengecap status kejuaraan lima musim bersama JDT sebelum berhijrah ke Melaka musim ini, menganggap Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri.

Beliau mengucapkan tahniah kepada JDT, rakyat Johor dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.